Penyata Razak 1956 merupakan cadangan
pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi
membentuk Persekutuan Tanah Melayu.[1] Nama laporan ini telah diambil
sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.[1] Laporan ini telah digabungkan ke
dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada
rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.
Laporan Razak telah bertolak ansur di
antara Laporan Barnes (digemari oleh orang Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India) dan antara
perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SRJK)
serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar
bagi SRK. Dahulunya, Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang
sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama
di dalam pengajaran, [perlu rujukan] ia juga membenarkan pengekalan
dalam menggunakan medium bahasa yang lain di
sekolah.
Tugas jawatankuasa
Tugas jawatankuasa ini
ialah untuk:
·
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan
yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa
·
menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain
0 comments:
Post a Comment