PENGENALAN
Pembangunan sosioekonomi ialah proses pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat. Ia diukur menerusi penunjuk seperti keluaran negara kasar (KNK), jangka hayat, kenal huruf, dan tahap penggajian. Perubahan faktor-faktor yang kurang ketara seperti maruah peribadi, kebebasan berpersatuan, keselamatan peribadi dan kebebasan daripada ketakutan kecederaan, serta takat penyertaan dalam masyarakat awam juga diambil kira. Punca kesan sosioekonomi termasuk teknologi baharu, perubahan undang-undang, serta perubahan persekitaran fizikal dan ekologi.
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke-14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong-royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.
0 comments:
Post a Comment