MUKA DEPAN


PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN

NAMA AHLI KUMPULAN:
1)    SITI HAMIZAH ZAFIRAH BT MD SHAHRUL HUDA [MOISFP16F813]
2)   SITI NUR AIMA BT MOHAMAD [M01SFP16F827]
3)   SYAMIMI BT SUKOR [M01SFP16F822]
4)   NUR NADIA BT ABD MOLOK [M01SFP16 F821]
5)   SITI AFIZA BT RAMLAN [M01SFP16F806]
KELAS: SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN
KURSUS: MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA
SESI: NOVEMBER 2016
NAMA PESYARAH: PUAN NAZELIRA BINTI A.RAHIM

PENGHARGAAN


PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapatlah kami menyiapkan tugasan projek ini. Terima kasih kepada puan Ira yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan projek ini.  Akhir sekali,  terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan projek ini dan semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik  jua. Amin.


PENGENALAN



PENGENALAN
Pembangunan sosioekonomi ialah proses pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat. Ia diukur menerusi penunjuk seperti keluaran negara kasar (KNK), jangka hayatkenal huruf, dan tahap penggajian. Perubahan faktor-faktor yang kurang ketara seperti maruah peribadi, kebebasan berpersatuan, keselamatan peribadi dan kebebasan daripada ketakutan kecederaan, serta takat penyertaan dalam masyarakat awam juga diambil kira. Punca kesan sosioekonomi termasuk teknologi baharu, perubahan undang-undang, serta perubahan persekitaran fizikal dan ekologi.

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke-14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong-royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM DAN SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH

SEBELUM MERDEKA
(sebelum kedatangan kuasa penjajah )


MASA KINI
 1)Corak pendidikan lebih kepada bidang agama dengan pengajaran:
-   al-Quran
-   akhlak yang baik
-   pengetahuan    
-   kerohanian
-   seni pertahankan diri

2) Pada peringkat lebih teratur, terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut ‘sek. pondok’ yang ditubuh dan dikendali oleh ulama

3)Tempoh pengajian yang tidak terhad

4) Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama

5)Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bermoral tinggi

6)Sekolah dipecahkan kepada empat:
-   sekolah Inggeris
-   sekolah Melayu
-   sekolah Cina
-   sekolah Tamil
-    
7)Sistem pendidikan yang tidak mempedulikan soal perpaduan


8)Tiada kurikulum dan sukatan pelajaran yang khusus


9)Bahasa pengantar: ikut jenis sekolah

10) Mempunyai peperiksaan masuk ke sekolah menengah

11)Berpandukan buku semata-mata.

12)Peluang pendidikan tidak sama bagi semua kaum.

1)Pendidikan yang menumpukan kepada pelbagai
bidang, terutamanya:
-   sains
-   teknologi

2)Sistem pendidikan kebangsaan yang merangkumi institusi pendidikan yang ditubuh dan diurus oleh pihak kerajaan termasuk institusi pendidikan vernakular.

3)Ada jumlah tempoh
pengajian bagi
setiap peringkat

4) Sistem pendidikan  kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan (Ordinan Pelajaran 1954)

5)Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah  memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari aspek JERIS (FPK)

6)Sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan

7)Sistem pendidikan yang menitikberatkan aspek perpaduan yang menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan

8)Kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah

9)Bahasa pengantar: bahasa Melayu

10)Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Namun sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar dikekalkan
11)Peperiksaan pemilihan masuk dihapuskan pada 1964

 12)alat bantu mengajar yang canggih

13)Pendidikan lebih kepada semua kaum

PENYATA BARNES 1950

Penyata Barnes 1950
Laporan Barnes 1950 penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan 1957. Laporan Barnes diketuai oleh L J Barnes. Tujuannya untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
Cadangan
Cadangan laporan ini ialah :
1.    Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
2.    Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
3.    Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
4.    Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
5.    Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
6.    Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayubahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. 
Kontroversi
Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah Laporan Fenn-Wu 1951. Oleh itu Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan selepas kajian terhadap Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951.

PENYATA FENN-WU 1951

Penyata Fenn-Wu 1951
 Diadakan sebagai reaksi tidak puas hari masyarakat Cina terhadap laporan Barnes 1950 . Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China ) dan Profesor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
Laporan ini mengkaji dan menilai semula semula kewajaran Laporan Barnes 1950.Masyarakat Cina Bandar ketika itu menganggap  laporan tersebut bertujuan  menghapuskan bahasaCina dan kebudayaan Cina.
Pandangan dan kajian laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.
Cadangan

  1. Sekolah vernakular iaitu sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayubahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan jugadiadakan.
  2. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
  3. Sekolah sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.

ORDINAN PELAJARAN 1952


Ordinan Pelajaran 1952.
Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).
Cadangan
Laporan ini menetapkan:
1.   Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.

2.   Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.