Laporan Aminuddin Baki pada tahun 1965 mula memberi layanan yang lebih bersesuaian
dengan kebolehan yang berbeza dalam kalangan pelajar.
Untuk menampung kebolehan dan bakat
yang berbeza dalam kalangan pelajar. Malangnya, laporan Aminuddin Baki tidak
mencapai objektif yang dirancang dengan sepenuhnya kerana kekurangan guru yang
mempunyai kemahiran dalam bidang mata pelajaran elektif dan juga kurangnya
infratruktur seperti peralatan dan bahan pengajaran.
Juga terdapat kurang kesinambungan
dalam pengajaran kemahiran darisekolah menengah, rendah ke sekolah menengah
atas. Contoh :Pelajar yang mempelajari pertanian semasa sekolah menengah rendah
tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dalam bidang yang sama di sekolah menengah
kerana kekurangan sekolah pertanian di peringkat itu.
Maka, mereka terpaksa mengikuti
aliran mata pelajaran teknik di SekolahTeknik. Ini membawa kepada kurang tenaga
profesional dalam bidang pertanian
Terima kasih atas info.
ReplyDelete