PENYATA RAHMAN TALIB
1960
Penyata Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah
mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan
menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang.
Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa
pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun
berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas Memberi
penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir
Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan
kerohanian sebagai teras. Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat
dari Laporan Razak yang dikenali dengan Penyata Rahman Talib ialah:
Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma · Sekolah rendah
menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. · Sekolah pelajaran lanjutan
merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. · Murid naik darjah secara
automatik · Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya
15 orang. · Pendidikan akhlak dititikberatkan. Selepas itu Sistem Pendidikan
Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan
Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di
sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga,
Sains Pertanian dan Perdagangan.
Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk
menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini,
tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola
tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung
dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di
kawasan ladang-ladang getah. Keadaan ini menyukarkan usaha menyatukan mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula
laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976.
Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang
sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Penyata Rahman Talib.
0 comments:
Post a Comment